Friday, 21 September 2012

Gambar-gambar di perpustakaan

       Pelajar menggunakan komputer
Pengawas pusat sumber menjalankan tugas di kaunter
    Rak buku
  Pengawas pusat sumber semasa ambil kedatangan
     Pengawas pusat sumber semasa ambil kedatangan
                                                                            Rak buku baru                                                                          
      Pelajar-pelajar tengah main chess
   Pengerusi sedang menjalankan tugas di kaunter        
 Pengawas pusat sumber sedang memebalut buku
   Pelajar-pelajar sedang membuat ulangkaji
    Pelajar-pelajar tengah main chess
      Pelajar-pelajar tengah main chess

Sejarah PSS

Perpustakaan sekolah telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1962. Pada suatu ketika dahulu, perpustakaan tersebut merupakan Bilik Pengawas. Pada 21 Mei 1962, En. D.Gunton selaku wakil Majlis Perbandaran British telah menghadiahkan 350 buah buku yang keseluruhannya bernilai $1,500 kepada sekolah. Di samping itu,  pertubuhan Asia telah memberikan sedikit sumbangan dan akhirnya perpustakaan dibina dengan keluasan 900 sentimeter persegi. Proses permindahan perpustakaan telah dilakukan pada akhir tahun tersebut ke Dewan Perpustakaan. Pengetua sekolah secara rasminya telah mengisyitiharkan pengoperasian perpustakaan sekolah dan setiap buku telah dikategorikan mengikut sistem yang dipinjam dari Sistem Perpuluhan Dewey. Pada permulaannya, pertubuhan perpustakaan telah menunjukkan satu pergerakan yang agak lambat tetapi konsisten dan pada awal 1963, dua buah rak buku dan kaunter ditambah sebagai salah satu peralatan perpustakaan. Sebanyak 400 buah buku jenis fiksyen dan satu set ensiklopedia baru telah ditambah bagi membantu meningkatkan jumlah buku yang ada. Bagi memupuk sikap gemar membaca dalam diri pelajar, pihak sekolah telah menetapkan waktu pembelajaran di perpustakaan. En. Joseph Theseira pernah menjadi pembantu pustakawan sementara di perpustakaan tersebut.
Pada awal tahun 1998, 830 buah buku telah ditambah dan pada 13 Jun 1968 jumlah buku meningkat sebanyak 3,500 buah buku serta 10 set ensiklopedia. Kebanyakan buku yang dibeli menggunakan kutipan hasilan derma daripada guru-guru, pelajar serta daripada pihak sekolah lain. Sekolah ini telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Program Perpustakaan pada 7 Mei 1968. Program ini telah dirasmikan bagi memupuk minat murid-murid dalam aspek bacaan dan telah diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang.
Keluasan perpustakaan pada tahun 1966 adalah 3,000 sentimeter persegi dan telah meningkat kepada 4,700 sentimeter persegi pada tahun 1969. Keluasan tersebut berkembang kerana penukaran Bilik Pengawas kepada bilik kerja perpustakaan. Perpustakaan sekolah telah mencapai pencapaian agak memberangsangkan pada 1970 kerana jumlah buku telah meningkat kepada sebanyak 7,100 buah buku. Jumlah tersebut merupakan yang agak besar ketika itu. Beberapa buah majalah juga ditambah sebagai sumber bahan bacaan. Perpustakaan masih dibuka pada cuti panjang sekolah untuk memberi ruang kepada pelajar meluangkan masa dengan membaca buku. Jumlah buku telah bertambah sebanyak 8,000 pada tahun 1972 dan semakin meningkat kuantitinya pada 1973 iaitu 8,071 buah buku. Rak-rak buku dibaiki dan kerusi baru ditambah. Lebih daripada 1,000 buah buku cerita telah dibawa masuk ke perpustakaan bagi melaksanakan “Banci Bacaan”. Kerajaan telah mengadakan satu program membaca. Jumlah buku berterusan meningkat terutama dalam seksyen Bahasa Melayu dan pada tahun 1986, perpustakaan telah memperoleh 10,000. Pada 1987 pula, perpustakaan sekolah telah dinaikkan tarafnya dengan pelbagai alat kelengkapan dan sumbangan seperti 5 unit penghawa dingin, 2 unit sumbangan daripada Pantai Gerakan Malaysia dan 3 unit atas usaha sekolah sendiri. Pada 1991, perpustakaan sekolah memperoleh lebih daripada 11,000 buah buku. Jumlah tersebut sentiasa bertambah dan pada tahun 2000, terdapat 15,000 buah buku. Program NILAM telah dilancarkan di peringkat kebangsaan supaya memupuk minat membaca serta dapat menggunakan perpustakaan sepenuhnya.
Pengubahsuaian telah dilakukan dan diberi rupa yang moden pada tahun 2006 dengan lantai yang berjubin, tingkap kaca yang besar dan warna cat dinding yang baru serta ceria dengan menggunakan wang sumbangan daripada guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Mesyuarat tahunan telah diadakan pada akhir tahun tersebut dan telah mencapai kata sepakat bagi menggabungkan perpustakaan dan Pusat Sumber menjadi sebuah unit yang dipanggil Lembaga Pengawas Pusat Sumber. 4,000 buah buku telah dihapuskira pada 2009 dan penyusunan semula rak-rak buku telah dijalankan. Perpustakaan sekolah telah ditukarkan nama menjadi Pusat Sumber dan Pusat Sumber yang asalnya ditukarkan menjadi Bilik Media. Proses membaikpulih Bilik Media telah dilaksanakan pada tahun 2010, setiap hari Ahad pada bulan Oktober lepas. Proses ini bertujuan bagi membaiki rak-rak dan almari yang rosak dengan menggunakan wang sumbangan kerajaan yang berjumlah RM4,050. Kini, Pusat Sumber telah luas, berhawa dingin, selesa dan dipenuhi 17,192 buah buku.
Jumaat, 19 November 2010.

Logo dan Konsep PSS

S.M.K. TINGGI ST. DAVID, MELAKA.
PUSAT SUMBER SEKOLAH
LOGO

Konsep

Berasaskan simbol buku dan individu-individu yang membentuk suatu bulatan yang menggambarkan kepentingan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (ICT) sebagai pemangkin masyarakat yang holistik dengan pendidikan yang tinggi, maju dan dinamik.

Warna
Ø   Warna putih melambangkan kesucian ilmu pengetahuan dalam meniti pancaroba kehidupan.
Ø   Warna merah melambangkan kekuatan dan kecerdasan minda setiap individu.
Ø   Warna biru melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat kerjasama yang utuh setiap individu.

Simbol
Ø   Buku yang terpampang dan terbuka luas melambangkan ilmu pengetahuan yang luhur dan luas yang sedia menanti para pembaca untuk membacanya.
Ø   Individu-individu yang membentuk suatu bulatan melambangkan penguasaan ilmu pengetahuan yang holistik dan mempunyai keupayaan untuk menlahirkan masyarakat yang berilmu, bersatu padu dan makmur serta generasi muda yang berketerampilan.
Ø   Titik-titik merah melambangkan minda individu yang mengamalkan budaya membaca, positif, cerdas bakal  melahirkan insan yang progresif dan berteknologi tinggi.


Wednesday, 19 September 2012

Laman Facebook Sekolah Menengah St. David

                                                  http://www.facebook.com/groups/165377266836485/

Sistem Pengkelasan Perpuluhan

  • 000-Karya Am 
  • 100-Falsafah 
  • 200-Agama
  • 300-Sistem Kemasyarakatan
  • 400-Bahasa
  • 500-Sains Tulen 
  • 700-Kesusteraan 
  • 800-Kesusteraan
  • 900-Geografi/Sejarah

Sifat-Sifat Seorang Pengawas Pusat Sumber

 1.Bertanggunjawab
 2.Berdisiplin
 3.Kerajinan
 4.Berinsiatif
 5.Daya Kepimpinan
 6.Tegas Dan Serious 
 7.Berkerjasama
 8.Patuh Pada Arahan Dan Peraturan
 9.Saling Menghormati
10.Pengaulan

Matlamat PSS

-Memupuk minat membaca di kalangan murid demi mempertingkatkan mutu  pendidikan
- Membentuk golongan murid yang berilmu, kreatif dan berdisiplin  ke  arah pembangunan diri masa depan
- Mempertingkatkan mutu profesion perguruan demi pembangunan sekolah